Tuesday, September 1, 2009

Selamat berpuasa...

Selamat menunaikan ibadat puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadat puasa kita dalam bulan ramadhan al-mubarak ini diberi ganjaran pahala oleh Allah swt. Tidak lupa juga kepada umat Islam untuk sama-sama menunaikan ibadat sunat terawih pada sebelah malamnya. Marilah kita sama-sama rebut peluang menunaikan ibadat dalam bulan yang penuh dengan rahmat Allah ini.

Cuma, satu pesanan, janganlah kita rosak segala amalan puasa kita dengan ghairah menjamu nafsu makan ketika tibanya waktu berbuka. Hayatilah konsep ibadat puasa dalam erti yang sebenar-benarnya, dan bukannya ghairah untuk memenuhi nafsu ketika waktu berbuka. Takut-takut segala amalan puasa kita habis punah dek kerana alpanya kita melayani nafsu yang tidak terbendung melihat pelbagai juadah yang terhidang..

Seronok sungguh bulan puasa ni...pelbagai aneka makanan ada..hehe...