Tuesday, May 11, 2010

Cerita tentang manusia.

Rupa-rupanya, manusia ni ada macam-macam perangai. Dulu, masa kecik-kecik, tak tau pun pasal pelbagai sifat dan fi'il manusia ni. Tapi bila dah semakin dewasa, jumpa dan kenal lebih ramai orang, barulah tahu bahawa terdapat seribu satu perangai tentang manusia ni.

Ada yang betul-betul baik, ada yang pura-pura baik, tidak kurang yang memang jahat dan hati busuk. Yang baik tu alhamdulillah. Tengok muka mereka pun rasa sejuk hati dan selesa bercampur dan berkawan dengan mereka. Yang lain-lain tu, memang merimaskan. Betul kata panduan orang tua-tua, tanda-tanda fizikal baik pada mata, mulut, suara, airmuka memang memberikan tanda akan perangai seseorang. Bergantung pada kita lah sama ada kita perasan akan tanda dan hubungkait dengan sifat dalaman itu. Pengalaman saya sendiri telah mengesahkan tentang hal ini.

Dulu, saya menganggap semua orang yang baru dikenali itu baik berdasarkan tutur kata dan budi sopan mereka. Lantaran sifat semulajadi yang mudah percayakan orang. Tapi dalam baik-baik itu, tergamak juga mereka ini menikam kita dari belakang. Malahan mengeji dan memburukkan kita. Seperti kata pepatah, jari lurus kelingking berkait. Bukan sekali, bahkan telah beberapa kali terkena. Mungkin juga saya ini boleh dianggap lurus bendul kut. Lebih teruk, ada yang tak semena-mena dengki dan iri hati dengan kelebihan kita. Wallahualam.

Lama-kelamaan, timbul hasrat untuk memerhatikan kelakuan dan tanda-tanda fizikal seseorang dan bagaimana hubungannya dengan perangai atau sifat dalaman. Beberapa sampel yang saya perhati saya 'tersembunyi' dan sendiri akhirnya menghasilkan jawapan. Boleh dikatakan kesemua 'analisis' saya itu memberikan jawapan yang hampir-hampir tepat. Lirikan mata bila berhadapan dengan orang, jenis suara, bentuk kening, airmuka memberikan memberikan manifestasi sifat dalaman seseorang. Keadaan ini akhirnya membuatkan saya lebih berhati-hati hendak bergaul atau berkawan dengan orang. Ditambah kelebihan semulajadi yang dianugerahkan Allah swt yang membolehkan saya merasai seseorang yang baru bertentang mata sama ada baik atau tidak, makin membuatkan saya berwaspada.

Motif dari cerita saya ini ialah, bahawasanya dalam dunia ini, kita sebenarnya terdedah dengan seribu satu macam perangai manusia. Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menghadapinya. Ada orang yang boleh dibuat kawan dunia dan akhirat. Tapi ada orang yang boleh dibuat baik setakat 'di tapak tangan sahaja'. Lebih malang, ada manusia yang langsung tidak boleh didekati. Maka, baiklah kita semua cuba mendekati orang-orang tua yang masih ada untuk belajar dan mendapatkan panduan mengenali orang yang hendak dijadikan kawan.

Thursday, May 6, 2010

Al-Sultan Kelantan.

Sayu hati bila melihat gambar KDYMM Tuanku Ismail Petra di akhbar dan kisah baginda yang masih gering. Bertambah sayu dan sedih mengenangkan bilamana dalam keadaan baginda yang masih belum pulih itu, diselubungi pula oleh kemelut keluarga diraja seperti yang kita sedia maklum tersiar di media massa.

Hendaknya segala permasalahan yang sedang berlaku ini tidak menjejaskan semangat dan kesihatan baginda untuk kembali baik seperti sedia kala. Marilah kita rakyat Kelantan khususnya sama-sama memanjat doa agar Allah swt mengembalikan semula kesihatan baginda dan terus bertakhta sebagai Raja Pemerintah negeri Kelantan yang kita cintai ini.