Wednesday, August 26, 2009

BN/Umno kalah lagi...hehe

Hehe..kalah lagi nampaknya..tapi memang dah dijangka..Begitu la nasib BN/Umno untuk kesekian kalinya terus kalah dalam pilihanraya kecil. Kali ni di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Silap-silap lepas ni kalah lagi di Kota Seputeh..hehe..malang sungguh nasib mu BN/Umno.

Nak buat camne..rakyat dah cukup meyampah dah..jahat sangat. Tak payah nak cakap banyak la bagi alasan nak suruh nampak betul..Semua jelas di depan mata betapa jahat, keji, busuk, bangangnya BN khususnya Umno di mata rakyat terbanyak sekarang ini. Polis, SPRM dan media massa khususnya tak ubah bagaikan ulat-ulat najis yang cukup menjijikkan.

Biar la BN/Umno terus begitu..lagi bagus sebab makin lama rakyat makin benci dan meluat. Makin bertambah ramai nanti.. Senang bila pilihanraya umum, BN/Umno terus dihumban ke lubang tahi...sesuai dengan kebusukan dan kekejian yang ada pada batang tubuh mereka..

Malang sungguh nasibmu BN/Umno...huhu

Tuesday, August 18, 2009

KDYMM Al-Sultan Kelantan.

Seluruh rakyat Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya telah dimaklumi tentang kegeringan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan baru-baru ini. Sehingga kini, kita difahamkan baginda sedang dan masih menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura. Seluruh rakyat Kelantan ternyata berdukacita dengan kegeringan baginda dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang kesihatan baginda.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan yang masih kasih akan institusi beraja, saya sendiri terasa akan betapa sukarnya untuk mengetahui tentang perkembangan terkini tahap kesihatan baginda sultan. Sepatutnya pihak istana atau kerajaan negeri harus sentiasa mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesihatan baginda dari semasa ke semasa untuk pengetahuan rakyat. Rasanya ini tidak salah, malah sepatutnya dilakukan kerana baginda Raja Pemerintah negeri dan mempunyai sekian banyak rakyat yang masih kasihnya raja.

Sama-samalah kita mendoakan agar KDYMM Tuanku Al-Sultan sembuh dan dapat kembali ke Negeri Kelantan yang kita kasihi ini.

H1N1: Suatu bala dari Yang Maha Kuasa?

Seperti yang kita semua sedia maklum, negara ini khasnya dan dunia amnya sedang dilanda dengan suatu wabak maut yang dikenali sebagai H1N1. Suatu wabak yang sedang menyerang hampir seluruh dunia, yang asalnya berpunca dari virus selsema burung yang kemudiannya menjangkiti babi dan terus tersebar kepada manusia. WHO telah mengisytiharkan wabak ke tahap pandemik 6. Saban hari angka dan jumlah mangsa yang dijangkiti dan meninggal dunia semakin meningkat. Makin membimbangkan apabila negara kita dikategorikan antara negara teratas dilanda virus maut ini, malah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Situasi ini telah mengundang kebimbangan yang bukan sedikit di kalangan kita. Kerajaan telah mengeluarkan arahan dan peringatan agar rakyat mengambil langkah-langkah pencegahan segera. Namun,, masih ramai yang mengambil sikap tidak endah. Sebagai contoh, dalam bab pemakaian topeng muka. Ia dijadikan bahan ketawa bagi sesetengah orang. Ternyata kesedaran mengenai kesihatan di kalangan rakyat kita masih rendah, sedangkan wabak ini cukup menakutkan.

Apapun sebab-musabab kejadiannya, kita harus berbalik kepada Tuhan. Teori sains perubatan mempunyai hujah yang tersendiri mengenai wabak ini. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, kita harus menginsafi diri dan menerima kenyataan bahawa kejadian yang sedang melanda dunia dan negara kita ini merupakan bala dari Allah swt. lantaran kesilapan dan keangkuhan kita sebagai makhluk-Nya. Kita melanggar larangan-Nya yang telah jelas sepertimana yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Manusia banyak membuat kerosakan di muka bumi lantaran terlalu mengikut hawa nafsu, hatta kepada menzalimi sesama manusia. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah menunjukkan sesuatu sebagai peringatan kepada kita. Laporan terkini WHO mengenai virus H1N1 ini menyatakan bahawa lebih kurang 5 juta penduduk Malaysia akan dijangkiti virus maut ini seharusnya diambil iktibar dengan penuh keinsafan akan bala dari Tuhan ini.

Marilah sama-sama kita menggembeling kerjasama untuk menangani masalah serius ini dengan ikhlas di samping memohon pertolongan dan perlindungan Allah swt agar kita dihindari dari wabak yang sedang merebak ini.