Tuesday, August 18, 2009

H1N1: Suatu bala dari Yang Maha Kuasa?

Seperti yang kita semua sedia maklum, negara ini khasnya dan dunia amnya sedang dilanda dengan suatu wabak maut yang dikenali sebagai H1N1. Suatu wabak yang sedang menyerang hampir seluruh dunia, yang asalnya berpunca dari virus selsema burung yang kemudiannya menjangkiti babi dan terus tersebar kepada manusia. WHO telah mengisytiharkan wabak ke tahap pandemik 6. Saban hari angka dan jumlah mangsa yang dijangkiti dan meninggal dunia semakin meningkat. Makin membimbangkan apabila negara kita dikategorikan antara negara teratas dilanda virus maut ini, malah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Situasi ini telah mengundang kebimbangan yang bukan sedikit di kalangan kita. Kerajaan telah mengeluarkan arahan dan peringatan agar rakyat mengambil langkah-langkah pencegahan segera. Namun,, masih ramai yang mengambil sikap tidak endah. Sebagai contoh, dalam bab pemakaian topeng muka. Ia dijadikan bahan ketawa bagi sesetengah orang. Ternyata kesedaran mengenai kesihatan di kalangan rakyat kita masih rendah, sedangkan wabak ini cukup menakutkan.

Apapun sebab-musabab kejadiannya, kita harus berbalik kepada Tuhan. Teori sains perubatan mempunyai hujah yang tersendiri mengenai wabak ini. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, kita harus menginsafi diri dan menerima kenyataan bahawa kejadian yang sedang melanda dunia dan negara kita ini merupakan bala dari Allah swt. lantaran kesilapan dan keangkuhan kita sebagai makhluk-Nya. Kita melanggar larangan-Nya yang telah jelas sepertimana yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Manusia banyak membuat kerosakan di muka bumi lantaran terlalu mengikut hawa nafsu, hatta kepada menzalimi sesama manusia. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah menunjukkan sesuatu sebagai peringatan kepada kita. Laporan terkini WHO mengenai virus H1N1 ini menyatakan bahawa lebih kurang 5 juta penduduk Malaysia akan dijangkiti virus maut ini seharusnya diambil iktibar dengan penuh keinsafan akan bala dari Tuhan ini.

Marilah sama-sama kita menggembeling kerjasama untuk menangani masalah serius ini dengan ikhlas di samping memohon pertolongan dan perlindungan Allah swt agar kita dihindari dari wabak yang sedang merebak ini.

1 comment:

  1. wabak nie dtg dr arah mexico..dekat2 ngan amerika rasanya..persoalannya benarkah wabak ini dtg dr babi?dengar khabar ianya dtg dr amerika yg buat..ye la ekonomi skang merosot dia kaut untung melalui perubatan skang nie..penyakit dtg dr sana n penyembuh pun dtg dr sana(antiviral)..lg 1 persoalan ada x manusia nie selidik berapa ramai warga amerika dpt penyakit nie?nak tambah dgn kejadian 11/9 berapa ramai org terkorban dlm kejadian tersebut..bangunan di rempuh kapal tp x de sorg yg mati..ada org selidik??

    ReplyDelete