Tuesday, August 18, 2009

KDYMM Al-Sultan Kelantan.

Seluruh rakyat Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya telah dimaklumi tentang kegeringan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan baru-baru ini. Sehingga kini, kita difahamkan baginda sedang dan masih menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura. Seluruh rakyat Kelantan ternyata berdukacita dengan kegeringan baginda dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang kesihatan baginda.

Sebagai seorang rakyat Negeri Kelantan yang masih kasih akan institusi beraja, saya sendiri terasa akan betapa sukarnya untuk mengetahui tentang perkembangan terkini tahap kesihatan baginda sultan. Sepatutnya pihak istana atau kerajaan negeri harus sentiasa mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesihatan baginda dari semasa ke semasa untuk pengetahuan rakyat. Rasanya ini tidak salah, malah sepatutnya dilakukan kerana baginda Raja Pemerintah negeri dan mempunyai sekian banyak rakyat yang masih kasihnya raja.

Sama-samalah kita mendoakan agar KDYMM Tuanku Al-Sultan sembuh dan dapat kembali ke Negeri Kelantan yang kita kasihi ini.

No comments:

Post a Comment