Wednesday, June 17, 2009

Amarah Tok Guru...

Akhirnya, apa yang saya jangka akan keluar dari mulut Tok Guru Nik Aziz berkenaan gelagat beberapa individu yang berada dalam kepimpinan Pas Pusat berlaku juga. Menerusi temuramah yang disiarkan menerusi berita tv3 dan Bernama hari ini, Tok Guru Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan yang cukup keras kepada Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang mengekalkan kemenangan dalam muktamar baru-baru ini.

Saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan Tok Guru malah selayaknya dan memang tepat Tok Guru mengeluarkan kenyataan itu. Antara lain kata Tok Guru, "kalau nak sangat buat kerajaan perpaduan dengan Umno, letak jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan masuk je Umno. Buat apa nak bertenggek dalam Pas sedangkan hakikatnya ia hanya memecah-belahkan Pas dan Pakatan Rakyat."

Entah apa reaksi dari Nasharuddin. Apapun kita akan menunggu reaksi balasnya. Cuma yang saya nak fokuskan di sini ialah kenyataan Tok Guru itu. Saya yakin dan ramai yang akan setuju dengan saya bahawa Tok Guru Nik Aziz tidak akan mengeluarkan kenyataan sembarangan jika keadaan tidak terlalu kritikal. Apabila seorang Tok Guru selaku Mursyidul Am mengeluarkan kenyataan yang begitu keras atau boleh dianggap sebagai kata dua, maka kita tidak dapat tidak perlu yakin bahawa Nasharuddin ini adalah antara individu yang memang benar-benar ingin kepingin dengan Umno.

Apapun Pas tidak akan rugi sekiranya kehilangan Nasharuddin nanti kerana masih ramai ahli-ahli Pas yang lebih berkemampuan untuk mengemudi parti. Pas tidak memerlukan pemimpin seperti ini yang hanya akan mengusutkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Benarlah seperti bidalan orang tua-tua, tak ada beban, batu digalas. Semoga Nasharuddin bakal mengikuti jejak langkah Nakhaei Ahmad...

1 comment:

  1. biasa la tu..org nak jd terkenal kot..mcm artis perlukan gosip ataupun kontroversi untuk meningkatkan nama mereka..mungkin seakan2 mcm tu kot..rasa-rasanya la.....selain tu nakkan jawatan kot...duit and mcm2 lagi la...cuma pendapat je la...komen ni ngarut je..saje2..mungkin betul kot :)...

    ReplyDelete