Tuesday, June 16, 2009

Haji Hadi and the gangs...masih perlukah lagi memimpin Pas?

Sampai ke hari ini, isu kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh Haji Abdul Hadi Awang bersama 'sekutunya' dalam muktamar Pas baru-baru ini masih belum sunyi dari ulasan pelbagai pihak, baik dari parti Pas, Umno dan individu-individu yang berminat mengikuti perkembangan politik yang agak menarik ini. Isu ini ternyata berjaya meredakan sekejap pergolakan politik di Perak.

Saya yakin isu ini telah mengundang keresahan yang bukan sedikit kepada ahli-ahli Pas dan penyokong Pakatan Rakyat. Agak pelik apabila Haji Abdul Hadi dan sekutunya dalam kepimpinan Pas masih 'degil' untuk terus mempromosikan idea kerajaan perpaduan walaupun ia telah ditolak oleh sayap Pemuda dan Muslimat Pas. Malahan, Mursyidul Am sendiri dengan jelas menolak mentah-mentah idea bodoh ini. Di saat ikatan kerjasama dan persefahaman di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat makin utuh, tiba-tiba Haji Hadi dan the gangs sanggup melontarkan idea yang begitu melukakan hati rakan-rakan PKR dan DAP, malahan ahli-ahli Pas sendiri.

Melihat kepada gelagat Haji Hadi dan kumpulan sekutunya ini yang cukup memalukan Pakatan Rakyat, saya berpendapat elok kiranya Haji Hadi dan sekutunya yang berada dalam kepimpinan Pas sekarang agar mengundurkan diri. Tidak ada gunanya mereka ini untuk terus memimpin Pas yang mana hanya akan menjerumuskan Pas ke dalam kehancuran. Di saat Pakatan Rakyat diambang untuk memegang kuasa, kita perlu membersihkan parti dari unsur-unsur yang tidak sihat. Sama jugalah dengan Umno atau parti-parti lain sekiranya ingin terus relevan dan diterima rakyat.

Sepatutnya pun, Haji Hadi dan sekutunya terutama dari Terengganu telah lebih awal berundur dari memegang sebarang jawatan dalam parti peringkat pusat, iaitu sebaik sahaja kerajaan Pas Terengganu jatuh ke tangan BN. Apatah lagi, dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka masih gagal mengembalikan Terengganu kepada Pas, sedangkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak dapat ditawan Pakatan Rakyat. Kelantan tak payah cakap la.. Dari segi moralnya, mengundurkan diri adalah tindakan yang terbaik dan terpuji sebagaimana mereka mendesak beberapa pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional khususnya Umno meletakkan jawatan.
Ditambah pula dengan perbuatan mereka yang seolah-olah sengaja untuk mensabotaj perikatan dalam Pakatan Rakyatsekarang ini. Maka sewajarnya mereka mengambil langkah berundur lebih awal.

Lagipun, saya yakin imej Pas sekarang ini yang semakin mendapat tempat dan diterima oleh segenap lapisan rakyat bukannya berpunca dari individu-individu ini. Tokoh yang paling bertanggungjawab mewujudkan fenomena hebat ini tidak lain ialah Tok Guru Nik Aziz. Saya berdoa dan menaruh harapan tinggi agar Tok Guru Nik Aziz beroleh kekuatan untuk terus mempertahankan Pas dari dimusnahkan oleh beberapa kerat individu yang berkepentingan dan seterusnya melonjakkan Pas di puncak kuasa yang sebenar.

2 comments:

  1. nak komen la..bukan nak menyebelah mana2 pihak..
    kenapa setiap kali tiba pilihan raya baru kita tahu nasib rakyat..yang derita ,yg miskin dan macam2 lagi la yang keluar dalam surat khabar..adakah ini nasib rakyat?diambil berat masa pilihanraya!!!!
    jalan rosak,taman yang tidak selamat,rumah yang hampir runtuh kebanyakan kita tahu bila pilihanraya...pemimpin tolong itu dan ini,duit di sumbang kepada rakyat yang miskin..herankan masa pilihanraya mesti ada..kalau tiada pilihanraya dimanakah letak nasib rakyat?ini adalah perkara yang selalu terlintas di akal seorang rakyat bila tiba musim pilihanraya..cuba perhati la jika tidak percaya..kebanyakannya memang betul..cuba baca dalam surat khabar jalan rosak di report berapa kali bila rosak..taman yang x selamat untuk masyarakat berapa kali perlu report kepada pihak berkuasa..tp bila pilihanraya tiba..masyarakat tidak perlu report pun untuk memperbaiki...fahami2lah dan renung2lah...

    ReplyDelete
  2. kawe nok tamboh skit...byk hok perlu kito tgk..pakat2 pk molek blako...adkoh kemenenge BN di tganu dulu SPR bnar2 tlus..jolo ko x?tra renung2 dan pikirkan..jange dok sloh ko ore lain..kepincangan SPR yg dikawal Bee End masih nyata..kita skrg haya dipermainkan oleh merka utk mengikuti jejak2 mereka yg kecundang..

    ReplyDelete